Alhamdulilah, harini merupakan hari terakhir kelas khat untuk khusus ko-k (Usm).. Walaupun pada mulanya saya fikir subjek ini terlalu senang untuk di tahluki, namun anggapan saya salah sama sekali.. Sebenarnya bukan senang untuk menguasai seni khat. Untuk menguasi seni khat, ia memerlukan kesenian dan kesabaran yang sangat mendalam... kepada yang berminat untuk belajar khat, teruskan dengan minat anda.. kerana seni khat merupakan salah satu warisan islam yang harus di perjuangkan.. okey cukuplah sampai di sini.. kita jumpa pada entri selanjutnya.. sebelum saya mengakhiri entri saya ini... saya dengan murah hati, mahu belanja uolls satu photo.. photo ini merupakan tulisan khat saya dan adik saya (fatinhalim), semasa kami melakukan ujian khat di kelas Ustaz.. Ustaz kami memang best baqhang.. banyak ilmu yang kami dapat.
# Walaupun kelas cuma ada 3 minggu.. yang penting ilmu yg diturunkan oleh ustaz kepada kami semua, sangat padat.. terima kasih Ustaz Hanis (Abu Haziq)
Isnin, 17 November 2014
Baru belajar seni Khat
Lokasi:
Gelugor, Gelugor
AFO Datang Usm Penang
Alhamdulilah.. harini, kami budak2 fine art tahun 3/ 2014 dapat berkenalan dan berkongsi ilmu dengan Ahmad Fuad Osman dengan lebih dekat..
Afo merupakan salah seorang Artist Fine Art yang terkenal di Malaysia.. Selama sesi ini bermula banyak pekara yang dapat membuka mata kami.. Terima kasih Afo..
Terima kasih kepada pensyarah2 fine art, pusat pengajian seni Usm kerana bersungguh2 dan bekerja keras untuk pelajar tahun akhir pusat pengajian seni Usm..
Isnin, 20 Januari 2014
Isnin, 15 Julai 2013
Menghasilkan Bentuk 3D dengan mengunakan dawai
Kod Kursus: 105E
Nama Kursus : Asas Studio 3 Dimensi
Bahan yang di gunakan : Dawai
# Setelah bersengkang mata untuk siapkan projek 3D, Inilah work yang di hasilkan oleh Pelajar Pusat Pengajian Seni, USM Penang. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam Projek 3D ni. Karya2 yang dihasilkan memang Luar biasa Hebat. Thumb Up untuk kita semua.
Langgan:
Catatan (Atom)